Nantikan karya-karya terbaru di belog ini... Selamat Membaca!!! (^_^)Segala kelemahan datang daripada saya sendiri dan segala kelebihan datang daripada Allah SWT...

Monday 3 June 2013

BAB 1: Dia Bisu Ke?

BISMILLAHIRROHMANIRROHIM...

Baiklah, DBK bab 1 sudah siap akhirnya. Harap anda semua terhibur dengan karya ini. Kalau ada kesalahan, tegur ya.

"APA?! Kahwin? Awal lagi la... Tak naklah bu," keluh Hakim dengan muka yang dimasamkan.

"Kamu nak jadi apa ni Hakim? Ibu suruh kamu kahwin pun tak mahu. Selalunya, lelaki kalau sebut pasal kahwin cepat aje rasanya. Macam kilat. Kamu
ni lain pulak cerita! Tak mahulah," bebel Puan Azizah kepada anak sulungnya. Geram bukan kepalang dengan sikap anaknya ini. Banyak sungguh alasannya!

"Ala, bu... nanti-nanti ajelah ibu. Hakim banyak kerja lah. Nak kena selesaikan masalah kerja lagi. Masalah pekerja lagi. Itu kalau dia orang tak buat hal lah. Kalau buat hal, alamaknya botaklah kepala Hakim,bu..." Hakim seakan memberi alasan kepada Puan Azizah. Kalau difikirkan balik, bukannya dia tidak mahu berkahwin. Sudah semestinya dia mahu! Masalahnya, hati masih belum berkenan dan belum habis fikir lagi untuk berumahtangga. Perkara ini bukan boleh dibuat main-main. Harus difikir sedalam-dalamnya! Inilah sifat  Hakim yang sebenarnya. Kalau ingin membuatkan sesuatu, fikirnya sehingga sedalam perigi.

"Banyaklah alasan kamu tu, Hakim. Kamu tu sekarang sudah berumur dua puluh lapan tahun. Dah jadi bujang terlajak dah. Tengok kawan kamu si Airil tu. Sudah kahwin. Sudah ada anak pun. Kamu ni ada apa? Ada kerja yang tak akan selesai selama-lamanya," bebel Puan Azizah panjang berjela. Air oren ais di atas meja diambil. Lalu diteguk perlahan. Bagi hilang rasa kering tekak sikit. Kalau nak membebel pasal anak sulung itu, sampai esok belum tentu dapat habis!

"Ibu... nantilah ibu..." tutur Hakim lemah sambil menyandarkan badannya di sofa empuk. Baru saja balik kerja, kena bebel. Bebel pasal apa? Pasal kahwin. Masalah harian!

"Dia ni sebenarnya bukan teruna kut. Ke bapok..." sampuk Irsyad, anak kedua Puan Azizah. Mulut si Irsyad  ini boleh juga tahan pedasnya.

Terbuntang mata Hakim apabila mendengar tuduhan adiknya itu. Rasanya bagai nak ramas-ramas bibir si lancang itu buat air asam. Ataupun, letak cili api biar bengkak mulut macam ikan kembung. Biar tak boleh cakap. Hilang sikit sakit hati ini!

"Kau cakap elok-elok sikit. Kau tu siapa nak kata aku macam tu? Kau tu adik aku, kau sepatutnya hormat aku. Bukannya nak sindir aku macam tu," marah Hakim kepada Irsyad. Dia bagai menahan rasa debar dalam hati.

Puan Azizah merasakan perbalahan ini akan tercetus tidak lama lagi. Ataupun, tidak akan berhenti. Pasti akan berlaku mogok tidak pasti bilanya akan tamat. Puan Azizah memandang tajam wajah Irsyad.

"Apa yang kamu merepek ni Irsyad?!"

Tetelan liur Irsyad kali ini. Inilah akibatnya, kerana mulut badan binasa.

"Maaf bu... Tapi kan bu, betullah. Chad pun pelik jugak, kenapa lah abang tak nak kahwin," Irsyad masih tidak mahu mengalah. Nampaknya, Irshad hari ini tempat maut. Bukannya dia tidak tahu perangai ibunya yang garang dan tegas itu.

"Kau ni tak puas hati apa dengan aku Chad?" tempik Hakim dengan geram.

"Sudah-sudah!!! Pergi masuk bilik. Ibu tak mahu dengar apa-apa lagi dah. Buat sakit telinga," arah Puan Azizah tegas. Matanya merenung tajam kedua-dua anaknya itu. Degil dan keras kepala!

Hakim menarik muka masam. Geram dia dengan sikap adiknya itu. Memang menyakitkan! Irsyad yang menjelirkan lidah itu telah menaikkan kemarahan abangnya. Berlaku pulak adegan tarik menarik baju. Macam budak-budak! Padahal masing-masing sudah besar panjang. Sudah boleh kahwin pun.

Puan Azizah terkejut melihat aksi kedua-dua anaknya itu. Bergaduh lagi?

"Hakim!!! Irsyad!!! stop it!" jerit Puan Azizah. Bergema suara Puan Azizah satu rumah. Suaranya seakan bisa membelah bata rumah agamnya itu. Wah! nampak sangat hiperbola.

Lari lintang-pukang kedua-dua lelaki itu menuju ke bilik masing-masing. Tahu pun takut!

"Kena jerit baru nak berhenti bergaduh! Apa nak jadi dengan budak bertuah ni. Perangai pelik-pelik. Yang sorang kalau kerja, sampai tak balik rumah. Tak tahu siang dan malam. Kena telefon baru balik cari jalan rumah. Yang si angahnya pula, suka sangat sakat dan sakitkan hati abangya. Huhhh...Sabar ajelah. Yang Humaira pergi ke mana? Tak tahu nak balik jugak ke budak tu? Dah pukul sepuluh malam. Tusyen apa lambat sangat," bebel Puan Azizah seorang diri sambil bercekak pinggang. Kakinya menapak ke daun pintu rumahnya. Melihat Humaira, anak bongsunya yang berusia tujuh belas tahun.

"Zizah, kenapa ni? Apa yang dah berlaku? Abang dengar sampai ke tingkat atas," soal En. Rahman dengan keningnya dikerutkan.

Terangkat bahu Puan Azizah apabila mendengar suara yang datang entah dari mana. Berpeluk tubuh dia ketika ini.

"Abang ni kalau tak takutkan Zizah tak boleh ke? Terkejut tahu tak?" tegur Puan Azizah dengan muka yang dimasamkan.

Tersengih En. Rahman dibuatnya. Melihat wajah isteri kesayangannya seakan merajuk itu pantas dia melangkah menghampirinya. "Maaflah, abang tak sengaja. Ingatkan Zizah sedar abang ada di sini. Itulah, leka sangat marah anak-anak sampai suami sendiri datang pun tak sedar..."

Aik! En. Rahman pulak yang merajuk? Siapa yang nak pujuk siapa sekarang ini?

Puan Azizah menatap wajah suaminya itu. Walaupun wajah itu tidak secekang dahulu atau dikatakan wajah dimamah usia namun suaminya tetap di hati. Sayangnya kepada si suami tidak berbelah bahagi. Masih sama! Ataupun sayangnya kini pada suaminya lebih daripada sayangnya dia kepada diri sendiri.

"Zizah minta maaf... Zizah betul-betul tak sedar abang ada di belakang. Maaf ya..." tangan kanan suaminya digapai lalu dicium lembut. Walaupun itu cuma masalah kecil, dia tetap berasa berdosa. Dia tidak mahu menjadi isteri derhaka. Syurganya di bawah telapak kaki suami. Dia harus taat! Dia tidak mahu dilaknat.

Kepala isterinya diusap dengan penuh belaian kasih sayang. Senyumannya mula terukir di bibir. Beruntungnya dia mendapat isteri sebegini. Taat pada Allah dan taat pada suami. Ini adalah sebaik-baik anugerah daripada Allah kepadanya.

"Assalamualaikum!!!" Humaira berlari-lari anak untuk masuk ke dalam rumah. Takut jika dimarahi dengan ibunya yang garang sepersis singa kelaparan itu. Jahat sungguh mulut si murai ini. Keputusan dapat teruk baru tahu langit tinggi ke rendah.

"Ops! I'm sorry..." tersengih sepersis kerang busuk Humaira di tengah-tengah pintu. Fail di tangan dipeluk erat. Takut terjatuh akibat satu insiden yang tidak dijangka. Ternampak pulak burung merpati tengah berasmara.

"Oh! romantiknya... Ibu ni kalau nak berasmara dengan abah pergilah masuk bilik. Buat apa tengah pintu ni?" usik Humaira ceria.

Wajah Puan Azizah merona merah. Semuanya gara-gara anak bongsunya itu. Serasanya seperti ditangkap basah. Ditangkap basah dengan anak sendiri. Hahaha!!!

"Ehem...ehem... kamu ni pergi mana baru balik? Tak tahu jalan balik rumah ke?" perli Puan Azizah sambil mengibas-ngibaskan lengan bajunya yang sedikit renyuk itu.

En. Rahman hanya tersenyum mendengar kata-kata anaknya itu. Sudah masak dia dengan sikap anaknya itu.

"Errr..." tergagap-gagap Humaira kali ini. Tahu takut!

"Apa err...err? Dah tak ada ayat nak balas balik?" marah Puan Azizah dengan mata yang terjegil.

"Sudahlah tu, Zizah. Humaira kan baru balik dari tusyen." tutur En. Rahman seakan membela anak bongsunya itu.

Humaira tersenyum sehingga ke telinga kali ini. Dapat pembelaan. Siapa yang tidak seronok!

"Hmmm...yelah, ibu maafkan. Sudah pergi tidur." arah Puan Azizah tidak mahu memanjangkan cerita.

"Terima kasih bu...sayang ibu sangat-sangat!" tutur Humairah dengan gembira. Sebelum menapak kaki ke bilik, sempat lagi dia memberi ciuman di pipi ibunya dan terus berlari meninggalkan ibu dan abahnya. Terserlah sungguh sifat kemanjaannya.

"Itu saja caranya..." bebel Puan Azizah seorang diri yang didengar suaminya.

"Yelah...abang pun akan guna cara itu jugak," seloroh En. Rahman tersenyum segera melangkah kaki meninggalkan si isteri yang tercengang itu.

"Gatal!" Puan Azizah segera menutup daun pintu rumahnya. Sambil berjalan, senyuman mula terukir di bibir. Eh, ada apa-apa ke?


___________



Bulan terang di malam hari direnung dengan penuh khusyuk. Sungguh indah kurniaan Ilahi. Keserian ditambah dengan bintang-bintang yang berteraburan di dada langit. Siapa yang mampu menciptakannya? Hanya Allah SWT sahaja yang mampu melakukannya. Apabila melihat bulan, teringat dia dengan rupa fizikal Rasulullah SAW. Wajah Rasulullah SAW lebih cantik daripada bulan purnama. Allahu akhbar! Terasa rindu dia malam ini dengan kisah-kisah nabi.

Rasulullah merupakan seorang lelaki yang bertubuh sederhana (tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah , jarak antara kedua-dua bahunya lebar (bahunya bidang). Rambutnya yang lebat terurai ke bahu sampai ke telinganya. Apabila Baginda memakai pakaian berwarna merah, Baginda ialah satu-satunya lelaki sangat tampan.

Apabila Rasulullah berjalan, pergerakannya kelihatan tegap (kakinya diangkat dengan kekuatan), seolah-olah Baginda sedang turun dari tempat yang tinggi. Apabila banginda berpaling, kedua-dua bahunya berpaling serentak (seluruh badannya turut berpaling). Di antara kedu-dua bahunya, terdapat khatamun-nubuwwah, iaitu tanda kenabian nabi. Rasulullah seorang manusia yang hatinya paling pemurah. Baginda adalah orang yang kata paling jujur.

Allahu akhbar! tenang hati Hakim apabila mengingat kembali kisah-kisah nabi. Insiden tadi benar-benar menggamit perasaannya. Dia tahu, ibunya teringin untuk mendapat menantu. Tetapi, dia masih belum bersedia. Hatinya masih belum kepingin untuk berumahtangga. Untuk mendirikan masjid Allah, bukannya mudah. Harus bersedia dari segi mental, fizikal, zahir dan batin. Dia percaya, jodoh sudah ditentukan Maha Esa. DIA sudah menentukan segala-galanya.

Pada masa yang sama, perasaan bersalah mencengkam dalam diri. Kerana mulut adiknya yang sedikit lancang itu telah menaikkan darah ibunya kembali. Seharusnya dia harus bersabar dan menepis sedikit sifat panas baran itu. Bukannya dia tidak menyayangi adiknya. Dia terlalu sayangkan adik-adiknya walaupun dilihat dari mata kasar dia seorang yang tegas.

Hakim menapak masuk ke dalam biliknya. Kemudian, dihenyakkan badannya di atas katil yang bersaiz king itu. Kedua-dua belah tangannya disilang dan diletakkan di atas dahi. Sepersis memikirkan sesuatu.

"Ya Allah, ya Tuhanku... Aku tahu kau telah merancangkan segala-galanya untuk aku. Aku tahu kau telah melakukan yang terbaik untuk aku, ya Rabb... Semuanya aku serahkan kepada kau." tutur Hakim seperti berdoa. Ya! kita hanya merancang, tetapi Allah yang menentukan semuanya.


*Terima kasih kerana sudi membaca. Jangan lupa komen ya. Tunggu sambungannya nanti...*

No comments:

Post a Comment