Nantikan karya-karya terbaru di belog ini... Selamat Membaca!!! (^_^)Segala kelemahan datang daripada saya sendiri dan segala kelebihan datang daripada Allah SWT...

Thursday 6 June 2013

Muhasabah Diri

Assalamualaikum and salam sejahtera to all my readers. First and foremost, i must thanked those who are reading my novel. I'm really appreaciate it. Without all of u, i'm nothing. I know your time is precious. So, buckets of thanks i gave it to you (^_^). I have forgotten to say to all of you, lately, i'm so busy. But its okey, i'm trying to post a new entry. OK?

Dalam kehidupan, ketika senang pasti ada orang yag terluka. Kita tak tahu, apa yang mereka rasa. Perit yang mereka alami, bagaimana? Kita tak pernah tahu. Tapi, jangan terus bersedih kerana Allah sentiasa bersama kita. Allah ada untuk kita ketika kita susah dan senang. Mengadu kepadaNya. Dia pendengar yang setia. Dia suka bila hamba-hambanya mengadu kepadaNya.


Yang paling penting, kita harus sentiasa ingat Allah ketika susah dan senang. Jangan ketika sedih sahaja kita mengingati Dia. Teruskan beribadah. Taat kepada Allah, taat kepada ibu bapa. In Shaa Allah, hidup akan sentiasa senang dan tenang. DONT BE SAD, ALLAH ALWAYS WITH US.

Okey, sebelum tamat. Terimalah pantun daripada Syirah,

Nak berubah itu mudah,
Nak beristiqomah itu susah,
Tapi jangan terus gelabah,
Teruskan beribadah,
Kerana Allah akan permudah.

sincerely,
Syirah (^_^)

Monday 3 June 2013

ULASAN NOVEL : Cinta Bersaiz XXL

Bismillahirrohmanirrohim...

Assalamualaikum semua... Apa khabar? Sihat tak? Harap anda sihat selalu dan ceria selalu ya. Baiklah, hari ini Syirah nak beri ulasan tentang novel yang Syirah sudah baca. Novel kali ini ialah novel Cinta Bersaiz XXL karya akak Aliesha Kirana. Ini novel keluaran terbarunya buat kali kedua iaitu keluaran Mac 2013. Novel pertama mungkin anda sudah baca, iaitu Love You Mr. Arrogant keluaran Mac 2012. Anda semua sudah beli 'baby' kedua beliau? Telinga kiri dengar, belum beli. Telinga kanan pulak dengar,sudah beli. Hehehe... Baiklah, yang masih belum beli atau yang tak tahu nak beli citer apa yang best untuk buat koleksi, jum kita baca sinopsisnya dahulu!

SINOPSISNYA: "Awak dah nampak saya depan mata awak, kan? Sya tak kisah kalau awak nak tarik diri daripada pertunangan ini sekarang. Saya terima segala keputusan awak.

"Percayalah kepada jodoh yang telah ditetapkan oleh Allah ini ya, Deeba. Saya terima Deeba ikhlas kerana Allah."

NUR ADEEBA ADDIN- Rombongan merisik yang hadir membuatkan dia terpana. Tak betul agaknya lelaki yang datang merisiknya itu.

Gara-gara saiz badannya yang comel, dia seringkali diejek gendut, debab, anak gajah, badak, tong dram, Doraemon, guni beras, dan macam-macam lagi gelaran. Jadi mana mungkin lelaki sempurna itu yang bakal dimiliknya?

HADIF HARITH- Hatinya ikhlas memberi, kasih tulus menyinar meskipun sentiasa diragui. Ketampanannya digilai ramai namun utuh buat pemilik tubuh XXL.

Sehingga akakd dilafazkan... Adeeba akur dengan landasan cinta itu.

"Deeba tau kan, abang tak suka Deeba rendahkan diri Deeba. Orang lain tak nampak apa yang abang nampak pada diri Deeba."

"Nampak apa? Nampak lemak dekat badan Deeba ni?"

Hadir pula Qaisara. sepupu Hadif yang tak henti-henti menagis cinta. Munirah, sahabatnya sendiri yang jatuh suka, dan juga gosip Hadif dengan Cik Irma yang melanda, membuatkan hati Deeba kian curiga. Benarkah masih ada ruang untuknya untuk dicintai dan mencintai? Dan tak mampukah cinta seorang bersaiz XXL sepertinya menjadi realiti?


ULASANNYA: Pertama sekali Syirah nak ucapkan tahniah kepada akak Aliesha kirana atas keluaran terbaru novelnya untuk kali kedua. Bukan mudah untuk menggarapkan ayat untuk menjadi sebuah cerita. Melihat dari mata kasar memang nampak mudah, tetapi jika melihat melalui mata hati, pasti akan tahu betapa susahnya untuk menulis sebuah cerita. Tambahan pula, untuk meraih minat pembaca. Belum tentu pembaca suka atau tidak dengan penulisan kita. Tapi, apa-apa pun, syabas Syirah ucapkan kepada semua penulis.

Setahu Syirah, penulis yang menulis pasti ada mesej untuk disampaikan kepada pembaca. Kalau tidak ada mesej, hanya bercerita sahaja. Pembaca pun boleh menyampah bukan? Mesej atau pengajaran harus ada dalam setiap penulisan. Tiada mesej, tidak ada makna apa-apa. Seolah-olah tiada makna sesebuah cerita itu.

Bagi Syirah, akak Aliesha Kirana ada mesej yang ingin disampaikan kepada pembaca. Contohnya, Deeba yang debab, gemuk, tidak lawa sering dikutuk oleh manusia sekelilingnya. Pengajarannya, kita dah dapat lihat yang kita jangan sesekali menghina ciptaan Allah. Semua manusia ini tidak sempurna.

Hadif Harith seorang jejaka yang tampan, tetapi seringkali cintanya diragui oleh Deeba. Adakah kerana kesempurnaan yang diberikan kepadanya. Ini semua berlaku kerana sifat rendah diri Deeba. Ingat! Jangan sesekali kita memandang rendah terhadap orang berbadan besar. Mereka mungkin lemah dari segi fizikal tetapi dari segi mental mereka seorang yang matang. Eceh! macam pakar motivasi pulak.

Hadirnya Qaisara, spepupu Hadif telah membuatkan Adeeba rasa curiga. Adakah mereka akan bersatu? Adakah mereka akan bahagia? Adakah ruang cinta buat Adeeba? Ha!! Jadi, jangan lupa dapatkan novel ini di kedai berhampiran anda! Anda harus segera membelinya. Apa-apa pun, Syirah memang suka karya hasil akak AK! Ini hanya pendapat Syirah, mungkin anda anda pendapat lain? Pendapat semuanya berbeza!

Sebelum terlupa, kalau anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang AK boleh masuk di blog ALIESHA KIRANA. Jangan lupa singgah di blognya ya!

Okeylah, Assalammualaikum, Bye2!!! (^_^)

BAB 1: Dia Bisu Ke?

BISMILLAHIRROHMANIRROHIM...

Baiklah, DBK bab 1 sudah siap akhirnya. Harap anda semua terhibur dengan karya ini. Kalau ada kesalahan, tegur ya.

"APA?! Kahwin? Awal lagi la... Tak naklah bu," keluh Hakim dengan muka yang dimasamkan.

"Kamu nak jadi apa ni Hakim? Ibu suruh kamu kahwin pun tak mahu. Selalunya, lelaki kalau sebut pasal kahwin cepat aje rasanya. Macam kilat. Kamu
ni lain pulak cerita! Tak mahulah," bebel Puan Azizah kepada anak sulungnya. Geram bukan kepalang dengan sikap anaknya ini. Banyak sungguh alasannya!

"Ala, bu... nanti-nanti ajelah ibu. Hakim banyak kerja lah. Nak kena selesaikan masalah kerja lagi. Masalah pekerja lagi. Itu kalau dia orang tak buat hal lah. Kalau buat hal, alamaknya botaklah kepala Hakim,bu..." Hakim seakan memberi alasan kepada Puan Azizah. Kalau difikirkan balik, bukannya dia tidak mahu berkahwin. Sudah semestinya dia mahu! Masalahnya, hati masih belum berkenan dan belum habis fikir lagi untuk berumahtangga. Perkara ini bukan boleh dibuat main-main. Harus difikir sedalam-dalamnya! Inilah sifat  Hakim yang sebenarnya. Kalau ingin membuatkan sesuatu, fikirnya sehingga sedalam perigi.

"Banyaklah alasan kamu tu, Hakim. Kamu tu sekarang sudah berumur dua puluh lapan tahun. Dah jadi bujang terlajak dah. Tengok kawan kamu si Airil tu. Sudah kahwin. Sudah ada anak pun. Kamu ni ada apa? Ada kerja yang tak akan selesai selama-lamanya," bebel Puan Azizah panjang berjela. Air oren ais di atas meja diambil. Lalu diteguk perlahan. Bagi hilang rasa kering tekak sikit. Kalau nak membebel pasal anak sulung itu, sampai esok belum tentu dapat habis!

"Ibu... nantilah ibu..." tutur Hakim lemah sambil menyandarkan badannya di sofa empuk. Baru saja balik kerja, kena bebel. Bebel pasal apa? Pasal kahwin. Masalah harian!

"Dia ni sebenarnya bukan teruna kut. Ke bapok..." sampuk Irsyad, anak kedua Puan Azizah. Mulut si Irsyad  ini boleh juga tahan pedasnya.

Terbuntang mata Hakim apabila mendengar tuduhan adiknya itu. Rasanya bagai nak ramas-ramas bibir si lancang itu buat air asam. Ataupun, letak cili api biar bengkak mulut macam ikan kembung. Biar tak boleh cakap. Hilang sikit sakit hati ini!

"Kau cakap elok-elok sikit. Kau tu siapa nak kata aku macam tu? Kau tu adik aku, kau sepatutnya hormat aku. Bukannya nak sindir aku macam tu," marah Hakim kepada Irsyad. Dia bagai menahan rasa debar dalam hati.

Puan Azizah merasakan perbalahan ini akan tercetus tidak lama lagi. Ataupun, tidak akan berhenti. Pasti akan berlaku mogok tidak pasti bilanya akan tamat. Puan Azizah memandang tajam wajah Irsyad.

"Apa yang kamu merepek ni Irsyad?!"

Tetelan liur Irsyad kali ini. Inilah akibatnya, kerana mulut badan binasa.

"Maaf bu... Tapi kan bu, betullah. Chad pun pelik jugak, kenapa lah abang tak nak kahwin," Irsyad masih tidak mahu mengalah. Nampaknya, Irshad hari ini tempat maut. Bukannya dia tidak tahu perangai ibunya yang garang dan tegas itu.

"Kau ni tak puas hati apa dengan aku Chad?" tempik Hakim dengan geram.

"Sudah-sudah!!! Pergi masuk bilik. Ibu tak mahu dengar apa-apa lagi dah. Buat sakit telinga," arah Puan Azizah tegas. Matanya merenung tajam kedua-dua anaknya itu. Degil dan keras kepala!

Hakim menarik muka masam. Geram dia dengan sikap adiknya itu. Memang menyakitkan! Irsyad yang menjelirkan lidah itu telah menaikkan kemarahan abangnya. Berlaku pulak adegan tarik menarik baju. Macam budak-budak! Padahal masing-masing sudah besar panjang. Sudah boleh kahwin pun.

Puan Azizah terkejut melihat aksi kedua-dua anaknya itu. Bergaduh lagi?

"Hakim!!! Irsyad!!! stop it!" jerit Puan Azizah. Bergema suara Puan Azizah satu rumah. Suaranya seakan bisa membelah bata rumah agamnya itu. Wah! nampak sangat hiperbola.

Lari lintang-pukang kedua-dua lelaki itu menuju ke bilik masing-masing. Tahu pun takut!

"Kena jerit baru nak berhenti bergaduh! Apa nak jadi dengan budak bertuah ni. Perangai pelik-pelik. Yang sorang kalau kerja, sampai tak balik rumah. Tak tahu siang dan malam. Kena telefon baru balik cari jalan rumah. Yang si angahnya pula, suka sangat sakat dan sakitkan hati abangya. Huhhh...Sabar ajelah. Yang Humaira pergi ke mana? Tak tahu nak balik jugak ke budak tu? Dah pukul sepuluh malam. Tusyen apa lambat sangat," bebel Puan Azizah seorang diri sambil bercekak pinggang. Kakinya menapak ke daun pintu rumahnya. Melihat Humaira, anak bongsunya yang berusia tujuh belas tahun.

"Zizah, kenapa ni? Apa yang dah berlaku? Abang dengar sampai ke tingkat atas," soal En. Rahman dengan keningnya dikerutkan.

Terangkat bahu Puan Azizah apabila mendengar suara yang datang entah dari mana. Berpeluk tubuh dia ketika ini.

"Abang ni kalau tak takutkan Zizah tak boleh ke? Terkejut tahu tak?" tegur Puan Azizah dengan muka yang dimasamkan.

Tersengih En. Rahman dibuatnya. Melihat wajah isteri kesayangannya seakan merajuk itu pantas dia melangkah menghampirinya. "Maaflah, abang tak sengaja. Ingatkan Zizah sedar abang ada di sini. Itulah, leka sangat marah anak-anak sampai suami sendiri datang pun tak sedar..."

Aik! En. Rahman pulak yang merajuk? Siapa yang nak pujuk siapa sekarang ini?

Puan Azizah menatap wajah suaminya itu. Walaupun wajah itu tidak secekang dahulu atau dikatakan wajah dimamah usia namun suaminya tetap di hati. Sayangnya kepada si suami tidak berbelah bahagi. Masih sama! Ataupun sayangnya kini pada suaminya lebih daripada sayangnya dia kepada diri sendiri.

"Zizah minta maaf... Zizah betul-betul tak sedar abang ada di belakang. Maaf ya..." tangan kanan suaminya digapai lalu dicium lembut. Walaupun itu cuma masalah kecil, dia tetap berasa berdosa. Dia tidak mahu menjadi isteri derhaka. Syurganya di bawah telapak kaki suami. Dia harus taat! Dia tidak mahu dilaknat.

Kepala isterinya diusap dengan penuh belaian kasih sayang. Senyumannya mula terukir di bibir. Beruntungnya dia mendapat isteri sebegini. Taat pada Allah dan taat pada suami. Ini adalah sebaik-baik anugerah daripada Allah kepadanya.

"Assalamualaikum!!!" Humaira berlari-lari anak untuk masuk ke dalam rumah. Takut jika dimarahi dengan ibunya yang garang sepersis singa kelaparan itu. Jahat sungguh mulut si murai ini. Keputusan dapat teruk baru tahu langit tinggi ke rendah.

"Ops! I'm sorry..." tersengih sepersis kerang busuk Humaira di tengah-tengah pintu. Fail di tangan dipeluk erat. Takut terjatuh akibat satu insiden yang tidak dijangka. Ternampak pulak burung merpati tengah berasmara.

"Oh! romantiknya... Ibu ni kalau nak berasmara dengan abah pergilah masuk bilik. Buat apa tengah pintu ni?" usik Humaira ceria.

Wajah Puan Azizah merona merah. Semuanya gara-gara anak bongsunya itu. Serasanya seperti ditangkap basah. Ditangkap basah dengan anak sendiri. Hahaha!!!

"Ehem...ehem... kamu ni pergi mana baru balik? Tak tahu jalan balik rumah ke?" perli Puan Azizah sambil mengibas-ngibaskan lengan bajunya yang sedikit renyuk itu.

En. Rahman hanya tersenyum mendengar kata-kata anaknya itu. Sudah masak dia dengan sikap anaknya itu.

"Errr..." tergagap-gagap Humaira kali ini. Tahu takut!

"Apa err...err? Dah tak ada ayat nak balas balik?" marah Puan Azizah dengan mata yang terjegil.

"Sudahlah tu, Zizah. Humaira kan baru balik dari tusyen." tutur En. Rahman seakan membela anak bongsunya itu.

Humaira tersenyum sehingga ke telinga kali ini. Dapat pembelaan. Siapa yang tidak seronok!

"Hmmm...yelah, ibu maafkan. Sudah pergi tidur." arah Puan Azizah tidak mahu memanjangkan cerita.

"Terima kasih bu...sayang ibu sangat-sangat!" tutur Humairah dengan gembira. Sebelum menapak kaki ke bilik, sempat lagi dia memberi ciuman di pipi ibunya dan terus berlari meninggalkan ibu dan abahnya. Terserlah sungguh sifat kemanjaannya.

"Itu saja caranya..." bebel Puan Azizah seorang diri yang didengar suaminya.

"Yelah...abang pun akan guna cara itu jugak," seloroh En. Rahman tersenyum segera melangkah kaki meninggalkan si isteri yang tercengang itu.

"Gatal!" Puan Azizah segera menutup daun pintu rumahnya. Sambil berjalan, senyuman mula terukir di bibir. Eh, ada apa-apa ke?


___________



Bulan terang di malam hari direnung dengan penuh khusyuk. Sungguh indah kurniaan Ilahi. Keserian ditambah dengan bintang-bintang yang berteraburan di dada langit. Siapa yang mampu menciptakannya? Hanya Allah SWT sahaja yang mampu melakukannya. Apabila melihat bulan, teringat dia dengan rupa fizikal Rasulullah SAW. Wajah Rasulullah SAW lebih cantik daripada bulan purnama. Allahu akhbar! Terasa rindu dia malam ini dengan kisah-kisah nabi.

Rasulullah merupakan seorang lelaki yang bertubuh sederhana (tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah , jarak antara kedua-dua bahunya lebar (bahunya bidang). Rambutnya yang lebat terurai ke bahu sampai ke telinganya. Apabila Baginda memakai pakaian berwarna merah, Baginda ialah satu-satunya lelaki sangat tampan.

Apabila Rasulullah berjalan, pergerakannya kelihatan tegap (kakinya diangkat dengan kekuatan), seolah-olah Baginda sedang turun dari tempat yang tinggi. Apabila banginda berpaling, kedua-dua bahunya berpaling serentak (seluruh badannya turut berpaling). Di antara kedu-dua bahunya, terdapat khatamun-nubuwwah, iaitu tanda kenabian nabi. Rasulullah seorang manusia yang hatinya paling pemurah. Baginda adalah orang yang kata paling jujur.

Allahu akhbar! tenang hati Hakim apabila mengingat kembali kisah-kisah nabi. Insiden tadi benar-benar menggamit perasaannya. Dia tahu, ibunya teringin untuk mendapat menantu. Tetapi, dia masih belum bersedia. Hatinya masih belum kepingin untuk berumahtangga. Untuk mendirikan masjid Allah, bukannya mudah. Harus bersedia dari segi mental, fizikal, zahir dan batin. Dia percaya, jodoh sudah ditentukan Maha Esa. DIA sudah menentukan segala-galanya.

Pada masa yang sama, perasaan bersalah mencengkam dalam diri. Kerana mulut adiknya yang sedikit lancang itu telah menaikkan darah ibunya kembali. Seharusnya dia harus bersabar dan menepis sedikit sifat panas baran itu. Bukannya dia tidak menyayangi adiknya. Dia terlalu sayangkan adik-adiknya walaupun dilihat dari mata kasar dia seorang yang tegas.

Hakim menapak masuk ke dalam biliknya. Kemudian, dihenyakkan badannya di atas katil yang bersaiz king itu. Kedua-dua belah tangannya disilang dan diletakkan di atas dahi. Sepersis memikirkan sesuatu.

"Ya Allah, ya Tuhanku... Aku tahu kau telah merancangkan segala-galanya untuk aku. Aku tahu kau telah melakukan yang terbaik untuk aku, ya Rabb... Semuanya aku serahkan kepada kau." tutur Hakim seperti berdoa. Ya! kita hanya merancang, tetapi Allah yang menentukan semuanya.


*Terima kasih kerana sudi membaca. Jangan lupa komen ya. Tunggu sambungannya nanti...*

Sunday 2 June 2013

ULASAN NOVEL: Sebenarnya, Saya Isteri Dia!

Bismillahirrohmanirrohim....

Assalamualaikum semua... apa khabar? Harap anda semua baik-baik saja. Baiklah, hari ini Syirah nak memberi ulasan sedikit tentang novel Sebenarnya, Saya Isteri Dia! Barangkali, anda semua sudah tahu, novel ini sudah melonjak naik. Mendapat ramai penonton yang setia dengan SSID. Syabas diucapkan kepada akak Zura Asyfar. Novel ini memang terbaiklah! Sebelum Syirah memberi ulasan, Jum kita tengok sinopsisnya dahulu :


SINOPSISNYA: CINTA pandang pertama tidak semestinya akan bersatuwalaupun masing-masing berjanji untuk hidup bersama. Itulah yang terjadi kepada Syafa Aqira dengan Farish Adryan. Cinta yang pernah dipupuk sejak zaman universiti lagi akhirnya terputus di tengah jalan apabila Farish bertekad untuk memutuskan hubungan itu lantaran satu peristiwa hitam yang terjadi pada suatu majlis yang dihadiri oleh mereka berdua.

"Aku buat semua ini kerana mama. Dan kau tu sepatutnya bersyukur sebab aku selamatkan maruah kau,"- FIRASH ARSHAD

"Ya, aku tahu Firash. Sepatutnya aku bersyukur sebab kau sudi berkahwin dengan aku."- SYAFA AQIRA

Laluan untuk mengharungi sebuah perkahwinan tanpa cinta bukanlah sesuatu yang mudahbuat Syafa Aqira. Kehidupannya sebagai isteri langsung tidak dipedulikan apatah lagi perkahwinan mereka dirahsiakan atas permintaan Firash. Namun, dia reda kerana kesibukan lelaki itu masih bergelar pelajar walaupun setiap kata-kata sinis yang terbit dari mulut Firash ditelan dengan rasa terbuku di dalam hati.

Dan kala rasa sayang dan cinta mula hadir, ada saja dugaan yang datang menimpa. Kehadiran abang tirinya yang tidak disangka-sangka mengeruhkan rasa cinta mula terbina. Syafa akhirnya membawa diri dengan hati yng terluka. Firash jadi nanar. Hidupnya serba-serbi tidak kena. Bagi Firash, Syaf adalah anugerah terindah di dalam hidupnya. Dia sanggup untuk berbuat apa saja demi mendapatkan kembali kepercayaan daripada isterinya.

"Siapa nak tudir atas riba awak? Please lah! Tak ingin pun!" -SYAFA AQIRA

"Betul ke tak ingin? Dulu okey je sampai lenguh paha saya nak menanggung kepala awak. Takkan awak dah lupa kut?"- FIRASH ARSHAD

Namun, adakah cinta mereka akan kembali bersatu? Bagaimana pula dengan kisah adik beradik tiri Firash? Dan apakah bahagia akan terus menjadi milik mereka?


ULASANNYA: Ha!!! best novel ni? Mestilah best. Tambah pula, lakonan daripada hero dan heroin yang mantap! Bagi Syirah, novel ini ada mesej yang hendak disampaikan oleh penulis kepada pembaca. Setiap kisah yang digarapkan sebernarnya ada pengajaran yang terselit. Cuma kita sahaja yang tidak nampak. Apa-apa pun, jangan lupa menonton drama ini ya!



Setakat ini sahaja nampaknya Syirah dapat memberi ulasan. Jangan lupa untuk mendapatkan novel ini di kedai buku yang berhampiran. Bye2! Assalamualaikum.

:Peace Yoo!!



Saturday 1 June 2013

Novel: Dia Bisu Ke? (Promote)

Bismillahirrohmanirrohim....
Assalamualaikum kepada orang islam and hye to non-muslim!!! How are you? i hope u always well... (^_^) This is my first time that i will created my own blog! awesome! i cant believed that i will do it! Yeah, u must set up your mind. Trust on your ownself. In Shaa Allah, u can get what u want! *Hok aloh, speaking pulak... Hehehe, nak kena try speaking dah sebab exam MUET hujung tahun ni. Waa!!! so scared*

Baiklah, tanpa membuang masa lagi... hari ini Syirah nak promote novel pertama Syirah iaitu Dia Bisu Ke? Eh, kenapa tajuk pelik sangat? Tak ada tajuk lain ke? Hehehe... Tak tahulah, tiba-tiba terkeluar tajuk macam ni. Okey, jum kita tengok cover dia dahulu.... Taraaa!!!




Inilah cover novel Dia Bisu Ke? Terlepas mana bunga sakura ni? Tiba-tiba muncul... Haha!!! Saja ja ambil gambar-gambar bunga ni. Ni semua ambil dekat pak cik google lah... Tekan aje, semua ada! 
Nantikan ya novel terbaru Syirah ni. Syirah berharap anda dapat tegur Syirah, kalau Syirah ada buat salah. Syirah hanya manusia biasa. Lagi satu, Syirah open minded! Terima segala teguran dengan cara terbuka!! In Sya Allah... (^_^) Baiklah, rasanya setakat ini sahaja... Tunggu ya! Segala kelemahan yang datang daripada Syirah sendiri, dan kelebihan yang datang daripada Alah SWT...
Bye! Assalamualaikum....