Nantikan karya-karya terbaru di belog ini... Selamat Membaca!!! (^_^)Segala kelemahan datang daripada saya sendiri dan segala kelebihan datang daripada Allah SWT...

Monday 3 June 2013

ULASAN NOVEL : Cinta Bersaiz XXL

Bismillahirrohmanirrohim...

Assalamualaikum semua... Apa khabar? Sihat tak? Harap anda sihat selalu dan ceria selalu ya. Baiklah, hari ini Syirah nak beri ulasan tentang novel yang Syirah sudah baca. Novel kali ini ialah novel Cinta Bersaiz XXL karya akak Aliesha Kirana. Ini novel keluaran terbarunya buat kali kedua iaitu keluaran Mac 2013. Novel pertama mungkin anda sudah baca, iaitu Love You Mr. Arrogant keluaran Mac 2012. Anda semua sudah beli 'baby' kedua beliau? Telinga kiri dengar, belum beli. Telinga kanan pulak dengar,sudah beli. Hehehe... Baiklah, yang masih belum beli atau yang tak tahu nak beli citer apa yang best untuk buat koleksi, jum kita baca sinopsisnya dahulu!

SINOPSISNYA: "Awak dah nampak saya depan mata awak, kan? Sya tak kisah kalau awak nak tarik diri daripada pertunangan ini sekarang. Saya terima segala keputusan awak.

"Percayalah kepada jodoh yang telah ditetapkan oleh Allah ini ya, Deeba. Saya terima Deeba ikhlas kerana Allah."

NUR ADEEBA ADDIN- Rombongan merisik yang hadir membuatkan dia terpana. Tak betul agaknya lelaki yang datang merisiknya itu.

Gara-gara saiz badannya yang comel, dia seringkali diejek gendut, debab, anak gajah, badak, tong dram, Doraemon, guni beras, dan macam-macam lagi gelaran. Jadi mana mungkin lelaki sempurna itu yang bakal dimiliknya?

HADIF HARITH- Hatinya ikhlas memberi, kasih tulus menyinar meskipun sentiasa diragui. Ketampanannya digilai ramai namun utuh buat pemilik tubuh XXL.

Sehingga akakd dilafazkan... Adeeba akur dengan landasan cinta itu.

"Deeba tau kan, abang tak suka Deeba rendahkan diri Deeba. Orang lain tak nampak apa yang abang nampak pada diri Deeba."

"Nampak apa? Nampak lemak dekat badan Deeba ni?"

Hadir pula Qaisara. sepupu Hadif yang tak henti-henti menagis cinta. Munirah, sahabatnya sendiri yang jatuh suka, dan juga gosip Hadif dengan Cik Irma yang melanda, membuatkan hati Deeba kian curiga. Benarkah masih ada ruang untuknya untuk dicintai dan mencintai? Dan tak mampukah cinta seorang bersaiz XXL sepertinya menjadi realiti?


ULASANNYA: Pertama sekali Syirah nak ucapkan tahniah kepada akak Aliesha kirana atas keluaran terbaru novelnya untuk kali kedua. Bukan mudah untuk menggarapkan ayat untuk menjadi sebuah cerita. Melihat dari mata kasar memang nampak mudah, tetapi jika melihat melalui mata hati, pasti akan tahu betapa susahnya untuk menulis sebuah cerita. Tambahan pula, untuk meraih minat pembaca. Belum tentu pembaca suka atau tidak dengan penulisan kita. Tapi, apa-apa pun, syabas Syirah ucapkan kepada semua penulis.

Setahu Syirah, penulis yang menulis pasti ada mesej untuk disampaikan kepada pembaca. Kalau tidak ada mesej, hanya bercerita sahaja. Pembaca pun boleh menyampah bukan? Mesej atau pengajaran harus ada dalam setiap penulisan. Tiada mesej, tidak ada makna apa-apa. Seolah-olah tiada makna sesebuah cerita itu.

Bagi Syirah, akak Aliesha Kirana ada mesej yang ingin disampaikan kepada pembaca. Contohnya, Deeba yang debab, gemuk, tidak lawa sering dikutuk oleh manusia sekelilingnya. Pengajarannya, kita dah dapat lihat yang kita jangan sesekali menghina ciptaan Allah. Semua manusia ini tidak sempurna.

Hadif Harith seorang jejaka yang tampan, tetapi seringkali cintanya diragui oleh Deeba. Adakah kerana kesempurnaan yang diberikan kepadanya. Ini semua berlaku kerana sifat rendah diri Deeba. Ingat! Jangan sesekali kita memandang rendah terhadap orang berbadan besar. Mereka mungkin lemah dari segi fizikal tetapi dari segi mental mereka seorang yang matang. Eceh! macam pakar motivasi pulak.

Hadirnya Qaisara, spepupu Hadif telah membuatkan Adeeba rasa curiga. Adakah mereka akan bersatu? Adakah mereka akan bahagia? Adakah ruang cinta buat Adeeba? Ha!! Jadi, jangan lupa dapatkan novel ini di kedai berhampiran anda! Anda harus segera membelinya. Apa-apa pun, Syirah memang suka karya hasil akak AK! Ini hanya pendapat Syirah, mungkin anda anda pendapat lain? Pendapat semuanya berbeza!

Sebelum terlupa, kalau anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang AK boleh masuk di blog ALIESHA KIRANA. Jangan lupa singgah di blognya ya!

Okeylah, Assalammualaikum, Bye2!!! (^_^)

No comments:

Post a Comment